Hi, how can we help?

[Keselamatan Akaun] Bagaimana cara mengelakkan & melaporkan penipuan/aktiviti mencurigakan?

Bahasa Malaysia | English
 
Keselamatan anda sentiasa jadi keutamaan kami. Penipu memang tak pernah berhenti cari helah baru untuk curi maklumat atau wang anda, tapi anda boleh elak daripada jadi mangsa dengan ikut tip ini. 

Tips untuk mengelak penipuan

1. Muat turun aplikasi Shopee rasmi

Pastikan anda memuat turun aplikasi Shopee hanya dari sumber rasmi untuk mendapatkan kemas kini keselamatan terkini:

  • Google Play Store (Android)
  • App Store (iOS)
  • Huawei AppGallery

2. Lakukan semua transaksi dalam Shopee

  • Untuk keselamatan anda, pastikan semua transaksi dibuat dalam aplikasi Shopee atau laman web rasmi kami: shopee.com.my.
  • Berhati-hati jika ada individu yang meminta anda membuat pembayaran di luar platform Shopee atau tanpa melalui halaman checkout.

3. Waspada terhadap mesej mencurigakan

Penipu sering menghantar mesej dengan:

  • Kesalahan ejaan dan tatabahasa
  • Pautan mencurigakan yang meminta maklumat sensitif seperti kata laluan atau kata laluan sekali guna (OTP)
 

Jika anda menerima mesej sebegini, jangan klik mana-mana pautan atau kongsikan maklumat anda.

4. Jangan kongsi maklumat akaun sensitif

Jangan sesekali berkongsi:

  • Kata laluan
  • OTP
  • Pautan set semula kata laluan
  • Gambar diri yang boleh digunakan untuk tujuan pengesahan
 
Nota: Shopee tidak akan meminta maklumat ini di luar Aplikasi Shopee. Berhati-hati dengan sesiapa yang berbuat demikian.

5. Amalkan penggunaan kata laluan yang kuat 

  • Tukar kata laluan akaun Shopee dan PIN ShopeePay anda secara berkala.
  • Elakkan menggunakan kata laluan atau PIN yang sama di platform lain.

 

 
Bagaimana cara melaporkan penipuan atau aktiviti mencurigakan? 

 ⚠️ Peringatan penting

Apabila membuat laporan berkaitan penipuan, sila sertakan:

  • Nombor telefon anda
  • Tarikh dan masa kejadian

Maklumat ini membantu kami memproses laporan anda dengan lebih cepat.

 

Laporkan segera jika:

  • Pihak ketiga yang tidak dikenali mengaku bahawa mereka berkaitan dengan Shopee menghubungi anda.
  • Nombor yang tidak dikenali menawarkan pekerjaan separuh masa melalui mesej teks atau WhatsApp.
  • Individu yang tidak dikenali meminta butiran sensitif melalui pautan dalam teks atau WhatsApp.
  • Penjual Shopee mengarahkan anda untuk melakukan transaksi di saluran luar laman shopee (kod QR, e-wallet, pemindahan langsung dan lain-lain).
  • Anda mendedahkan kod OTP anda kepada pihak yang tidak dikenali.
  • Anda telah diperdaya untuk menghantar wang kepada pihak ketiga

 

 

Siapa yang perlu dihubungi?

 

Sekiranya anda menghadapi aktiviti dalam talian yang mencurigakan atau menjadi mangsa penipuan, laporkan dengan segera ke stesen polis terdekat atau melalui:
 

  • Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) (8:00 pagi hingga 8:00 malam) dengan memanggil 997 untuk melaporkan kes penipuan atau rujuk kepada laman web NSRC untuk maklumat lanjut.
  • SEMAKMULE ialah laman PDRM untuk menyemak akaun bank dan nombor telefon yang terlibat dengan jenayah perdagangan.
  • CCID Infoline (8:00 pagi hingga 12:00 tengah malam), saluran WhatsApp PDRM untuk menyemak status laporan polis dan mengemukakan maklumat tentang kes jenayah perdagangan: 013-211 1222.
  • Pusat Respons Scam CCID (8:00 pagi hingga 8:00 malam), talian hotline maklumat PDRM untuk mengemukakan maklumat atau mendapatkan maklumat tentang penipuan dalam talian: 03-26101559 / 03-26101599.
 
 
Bagi isu berkaitan Shopee:
 
  • Jika anda menerima barang tiruan atau mencurigakan, sila rujuk panduan cara mengemukakan permintaan Pemulangan/Pemulangan Wang dengan menggunakan kod alasan yang sesuai.

  • Jika anda menemui penjual yang menawarkan produk mencurigakan atau menerima pautan mencurigakan melalui e-mel, SMS, atau WhatsApp, hubungi khidmat pelanggan kami melalui saluran di bahagian bawah halaman ini, dan kami akan segera menyiasat perkara tersebut.


🔍 Ingin tahu lebih lanjut tentang penipuan biasa dan cara melindungi diri? Sentiasa berwaspada and berhati-hati!


Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied